I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 6 December 2011

Bill Gates 

William Henry Gates III, (dikenali sebagai Bill Gates) menghubungi para pencipta mikrokomputer baru, iaitu Micro Instrumentation and Telemetry Systems (MITS), untuk menunjuk cara pelaksanaan bahasa pengaturcaraan BASIC untuk sistem mereka. Selepas diberi tunjuk caranya, MITS bersetuju untuk mengedar keluaran Altair BASIC. GatesUniversiti Harvard, berpindah ke Albuquerque, New Mexico iaitu tempat terletaknya MITS, untuk menubuhkan Microsoft. Pejabat antarabangsa pertama syarikat ini dibuka pada 1 November 1978 di Jepun, berjudul "ASCII Microsoft" (kini "Microsoft Japan"). Pada 1 Januari 1979, syarikat ini berpindah dari Albuquerque ke Bellevue, Washington. Steve Ballmer menyertai Microsoft pada 11 Jun 1980, lama-kelamaan mewarisi jawatan CEO dari Gates.Antara keluaran-keluaran pra-IBM-PC termasuk pakej perisian TASC (The AppleSoft Compiler), yang menterjemah atur cara BASIC kepada bahasa mesin Apple, dan perkakas Microsoft Softcard, kad pemproses Z80 tambahan untuk Apple II dan mana-mana komputer serasi yang membolehkan penggunaan sistem pengendalian CP/M selain Applesoft dan Apple DOS. Pada tahun 1980, Microsoft memasuki perniagaan sistem pengendalian dengan versi Unix tersendiri yang dipanggil Xenix dan dilesenkan kepada kebanyakan penjual komputer.DOS (Disk Operating System) merupakan sistem pengendalian yang membawa kejayaan pertama yang sebenar kepada perniagaan Microsoft. 

No comments:

Post a Comment